--> Skip to main content

Founder Produk Ganggu Suaminya Tgh Malam.Sekali Ellie Naik Angin

Pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.

Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.

"Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?

"Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?

"Dah nak m*mpos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?" tulis Ellie geram.

Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.

Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.

Suami Tahu Saya Wanita Berjiwa 'Liar'…" – Lantang Bersuara, Ellie Suriaty Akui Azri Iskandar Risau

Sebelum ini, tindakan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang lantang bersuara menjadi perhatian ramai pihak.

Ellie menerima pelbagai reaksi berbeza, ada yang menyokong malah ada yang melemparkan kritikan terhadap pengarah filem Penanggal itu.

Ketika ditanya sama ada tindakannya yang lantang bersuara mendapat sokongan suami, pelakon Azri Iskandar, Ellie mengakui suaminya risau.

"Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya.

"Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya… Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa 'liar'…" seloroh Ellie.

Kredit:Gempak & FB EllieSuriaty

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!