--> Skip to main content

[FOTO] Macam Dekat ‘Galaxy’, Pelamin Mewah Mira Filzah & Emir Curi Perhatian

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui ramai, selebriti Mira Filzah telah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar dengan sekali lafaz pada tarikh 3 Septermber 2020. Meskipun detik perkenalan mereka agak singkat iaitu cuma dua bulan mengenali hati buti, namun tanpa diduga rasa cinta akhirnya mula berputik.

BACA : Suami Tersipu Malu Naik Pelamin Dengan Mira, Tapi Masuk Air Bila Nervous Hilang

Tampil sepadan dengan suaminya yang persisi putera raja dalam cerita dengeng, pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan' ini tetap anggun dengan gaun kembang berona emas tanpa perlu berselirat dengan crown dan bunga di tangan. Meskipun busana ciptaan Fizi Woo ini kelihatan tidak terlalu sarat dengan aksesori, namun kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman cukup menonjolkan aura keanggunan tersendiri.

[FOTO] Macam Dekat 'Galaxy', Pelamin Mewah Mira Filzah & Emir Curi Perhatian

[FOTO] Macam Dekat 'Galaxy', Pelamin Mewah Mira Filzah & Emir Curi Perhatian

Malahan pelamin persandingan mewah merpati dua sejoli ini yang bertemakan 'The Midnight Sky, berlatarkan warna violet serta dihiasi dengan jambangan bunga daripada setiap sudut cukup menarik mata memandang. Ditambah pula dengan latar belakang pelamin yang memaparkan visual seakan-akan bintang bermergelapan serta kek bertingkat yang berpusing nyata mencuri perhatian ramai.

[FOTO] Macam Dekat 'Galaxy', Pelamin Mewah Mira Filzah & Emir Curi Perhatian

[FOTO] Macam Dekat 'Galaxy', Pelamin Mewah Mira Filzah & Emir Curi Perhatian

Sumber : Instagram mfmirafilzah, wanemirafilzah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!