--> Skip to main content

Enam Pelajar, Tujuh Cikgu Positif C0vid 19. Pengarah Kesihatan Beritahu Berapa Sekolah Yang Terlibat

Kota Kinabalu: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu disahkan positif C0vid 19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, ia adalah kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935.

Beliau berkata, mereka dikesan positif berkenaan ketika pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng LD.

"Bagaimanapun, semua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Christina menyatakan seramai 35 orang kena tahan (OKT) di l0kap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu juga disahkan positif C0vid 19.

Menurut beliau, ia membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916.

Sementara itu, Dr Christina berkata, sebanyak 937 kes positif C0vid 19 direkodkan di Sabah, setakat semalam.

Jumlah berkenaan juga menunjukkan pertambahan 60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawai (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1).

Sumber : HMetro