--> Skip to main content

Enam kes baharu COVID-19 hari ini

PUTRAJAYA: Kes positif COVID-19 hari ini kembali mencatatkan satu angka dengan enam kes baharu yang merangkumi dua kes penularan dalam negara dan empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat kes itu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

Katanya, empat kes import itu membabitkan Kuala Lumpur dari jangkitan negara Pakistan Angola, India dan Bangladesh.

Dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warga Malaysia membabitkan satu kes di Kedah daripada Kluster Telaga dan satu kes lagi membabitkan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu, Sabah.

"Sehingga kini terdapat lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala tiga kes memerlukan bantuan pernafasan".

"Setakat ini, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya dalam kenyataan media hari ini.