--> Skip to main content

Emma Maembong K0ngsi Rumah Baru, Sekali Benda Lain Yg Netizen Nampak

Pelakon Emma Maembong sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar.

Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi foto di ruangan ruang tamu yang kini dalam proses memasang hiasan dalaman sebelum ia boleh diduduki. 

"Saya dan suami @shazli_a tak sabar tak sabarnya nak tunggu rumah baru siap. Macam ni pun dah boleh nampak lawa. Tak sabar nak tunggu hasilnya," tulis Emma di ruangan kapsyen. 

          View this post on Instagram                  

me and husband @shazli.a tak sabar nya nk tggu rumah baru siap😍 mcm ni pon dah boleh nampak lawa. thank you @wallmastermy !!! tak sabar nk tggu hasil dari @wallmastermy ❤️❤️❤️ #Emanizers #Emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Sep 11, 2020 at 2:31am PDT

KOMEN NETIZEN :

Rumah yang dicat serba putih itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan cermin melatari ruangan dinding utama. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan hiasan dalam rumah Emma yang hampir siap itu. 

"Tak sabar nak datang rumah dia," komen Aprena Manrose. 

"Bestnya! Tahniah Abli dan Ema," kata Yaya Zahir. 

"Alhamdulillah semoga Emma selesa dengan rumah baru ni dan untuk baby juga nanti," doa seorang wargamaya.

"Nanti wajib buat house tour ya, tak sabar nak tengok rumah Emma," tulis seorang wargamaya.

"Seronoknya baby nanti duduk rumah baru," puji seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 68,000 tanda suka daripada warga Instagram. 

Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.

          View this post on Instagram                  

urut dgn @cintaibu_hq time mengandung ni is the best ! ❤️🌸 kalau tak mengandung pon boleh , @chacha_maembong ambik package urut anak dara.laki, perempuan semua boleh. #Emanizers #Emmamaembong @cintaibu_hq

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Sep 10, 2020 at 6:17am PDT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Gempak