--> Skip to main content

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup

Sharing is caring!

Bagi lelaki dan wanita sudah berumah tangga, sudah tentu menginginkan zuriat sebagai penyambung keturunan dalam keluarga. Tidak dinafikan juga ada antara mereka yang merancang untuk tidak hamil di awal perkahwinan atas alasan tidak bersedia menanggung komitmen. Namun, perlu diketahui bahawa terdapat kesan sampingan jika tindakan itu berlarutan terlalu lama.

BACA: Sanggup Hentikan Rawatan Kanser, Ibu Ini Gadai Nyawa Demi Lahirkan Anak

Menerusi entri di Twitter, saudari Nuraishah Shamsuddin sempat berkongsi ilmu yang diperoleh daripada rancangan 'Tanya Dr. Emelda'. Memetik semula kata-kata daripada pakar perubatan itu, dia menggalakkan setiap wanita yang sudah berkahwin agar berusaha untuk mengandung walaupun sekali. Hal ini kerana, kehamilan berkenaan dapat mengelakkan daripada menghidap masalah kanser rahim.

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup Gambar sekadar hiasan

Golongan wanita perlu mengetahui bahawa pada suatu tahap umur, kitaran haid akan terhenti daripada berfungsi. Andainya ia berterusan, lebih mudah mereka terdedah dengan masalah kanser ini. Justeru, manfaatkan sebaik mungkin tempoh subur yang dilalui untuk merancang kehamilan.

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup Gambar sekadar hiasan

Saudari Nuraishah Shamsuddin menyatakan bahawa pil perancang boleh diambil sebelum berkahwin. Ia bukan sahaja untuk menstabilkan kitaran haid, malahan dapat membantu mengawal emosi diri. Namun pengambilannya haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup

Elak Kanser Ovari, Wanita Berkahwin Kena Hamil Paling Kurang Sekali Dalam Hidup Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Nuraishams

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!