--> Skip to main content

Eira Tampil Minta Maaf, Tapi Peguam Ini Beritahu Akak Follower Baju Kuning Yang Diperli Dah Buat Begini

Pagi tadi eira ada memuat naik satu video memohon maaf secara terbuka kepada pihak restoran serta kakak follower baju kuning mengenai insiden sebelum ini.

Menerusi posting dari peguam nor zabetha di ruangan FB pula, beliau memberitahu bahawa puan berbaju kuning yang terlibat telah serahkan kes kepada peguam.

Status Dari Posting Puan Nor Zabetha

Semalam saya mesej Puan Suharnizan, mangsa v1ral oleh seorang duta produk. Saya tawarkan untuk hulurkan bantuan secara mewakili kesnya di mahkamah.

Keterlaluan sangat kata-kata mak1an terhadapnya. Kali ini, kita mesti ajar. Ajar untuk saman di mahkamah. Ajar untuk tuntut ganti rugi sebanyak mungkin. Ajar tentang adab dan budi bahasa. Ajar supaya lebih tahu merendah diri selepas ini.

Sewaktu saya mesej, saya semak juga profil Puan Suharnizan. Saya lihat antara profesion yang disenaraikan oleh Puan Suharnizan adalah Pesuruhjaya Sumpah.

Pesuruhjaya Sumpah ini memang banyak berurusan dengan peguam. Pasti dia kenal mana-mana peguam yang dia selesa. Tambah pula profilnya ditulis di Johor. Saya pula di Gombak. Jauh. Barangkali tawaran saya akan ditolak.

Tapi tak apa. Saya cuba juga. Saya mesej dan saya nyatakan hasrat untuk membantu dan mewakili kerana saya rasakan perbuatan body shamng dan menjatuhkan reputasi terhadapnya dan keluarga oleh pengasas produk itu teramat keterlaluan.

Saya pantang lihat orang dibuli. Memang saya jadi marah. Pernah sekali dahulu, di mahkamah. Anak guam pihak lawan, perli-perli anak guam saya.

Cakap sekuat mungkin dalam mahkamah. Dikatanya bdoh dan macam-macam lagi. Tetapi jaraknya dari jauh, konon-konon bersembang dengan seorang lagi kawan dihadapannya tetapi setiap perkataannya sangat tajam dan sengaja dikuatkan dan ditujukan kepada anak guam saya.

Saya lihat peguamnya sendiri tidak minta, dia kawal dirinya dan bertindak secara profesional. Sebab kalau ada peguamnya sendiri, kita tidak boleh main langgar. Kena hormat. Biar peguamnya jalankan tugas. Biar peguamnya yang menasihati, anak guamnya.

Saya sabar lagi. Masih buli lagi. Masih cakap lagi. Masih perli-perli. Dengan suara kuat, sengaja hendak beri satu mahkamah dengar. Saya tahu peguamnya sendiri tidak boleh kawal dia.

Perbuatan membuli ini memang tidak patut. Saya jadi marah. Saya tidak boleh lihat depan mata saya. Saya sudah tidak peduli, sama ada peguamnya hendak nasihat atau tidak, terus saya menghampirinya.

"You ni memang ada masalah attitude ke? Masalah akhlak ke? Tak reti hormat orang ke? Yang you cakap kuat-kuat ni kenapa? Jangan too much. You dah cross the line ni!"

Selepas sesi saya bising, terus diam. Tidak bercakap terus. Saya perasan kaki buli ini, mereka selalu cari orang yang kurang daripada mereka.

Misalnya kurang lantang daripada mereka, kemudian mereka buli. Penakut sikit daripada mereka, kemudian mereka buli. Kurang kedudukan atau pangkat daripada mereka, kemudian mereka buli.

Kalau jenis yang sama atau yang lebih hebat atau tinggi kedudukan dari mereka, mereka tak berani.

Jadi dalam kes Puan Suharnizan ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.

Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera. Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan Surhanizan.

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya. Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata mak1an ini sejak bulan lepas lagi. Hanya dimuatnaik semula dan menjadi v1ral setelah kes duta produk ini memvralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam. Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team. Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Jadi, admin pun tidak tahu selepas ini apa yang akan terjadi cuma berharap agar diselesaikan secepat mungkin di antara pihak yang terlibat.

Sumber : FBNor Zabetha/OM