--> Skip to main content

Dua Bulan Berkahwin, penyanyi ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ Dedah Keadaan Terkini Rumah Tangga Nya

SETELAH hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika, penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai keham1ilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri.

"Alhamdulillah… Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah," katanya.

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ini memaklumkan mengenai kehamilan isteri itu menerusi Instagrammiliknya.

Tegar kongsi berita gembira di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian keham1ilan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu.

Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

"Nak lelaki," jawab Tegar.

Tegar dan isteri berkahwin pada 20 Mac lalu.

Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan.

Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://transformasi.pw