--> Skip to main content

Doktor Muda Dipinang Lebih 200 Wanita Lepas Iklan Cari Jodoh, Tapi Hari Ini Status Lain Pula

Siapa yang tidak mahu berpasangan, ada masanya boleh buntu memikirkan mengenai jodoh.

Selepas mengiklankan tawaran jawatan kosong sebagai suri di hati, seorang pemuda menerima lebih 200 permohonan untuk menjadi calon isteri.

Menurut laporan Harian Metro, pemuda tersebut Muhammad Naquib Hasief Baharin berkata ramai wanita menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.

"Setakat semalam, saya menerima lebih 200 mesej daripada wanita hingga membuatkan telefon bimbit saya mengalami gangguan.

"Mungkin saya memerlukan lebih masa untuk membalasnya. Namun jika ada mesej yang terlepas pandang, saya mohon maaf," kata doktor berusia 26 tahun itu.

Menerusi ciapan terkini di laman twitter doktor tersebut beliau memberitahu bahawa ciapan mencari calon itu telah beliau delete.

Menurut doktor siswazah yang sedang menjalani latihan perubatan (houseman) di sebuah hospital di Johor itu, dia akan memilih berdasarkan kriteria, keserasian serta gerak hatinya selain mendapat restu keluarga.

Muhammad Naquib berkata, rupa paras bukan menjadi keutamaan sebaliknya memilih wanita berpendidikan, sopan, pandai membawa dan menjaga diri serta serasi dengan keluarganya.

Malah dia juga tidak berniat menjatuhkan maruah atau mempermainkan perasaan kaum hawa dengan cara begitu sebaliknya sekadar mencuba nasib sertamungkin sudah tiba masa untuk berkahwin.

"Walaupun begitu, saya serahkan segala-galanya kepada Allah dan 'follow the flow' kerana perlu mengenali hati budi masing-masing terlebih dulu," kata pemuda yang menetap di Skudai itu.

Terdahulu, Muhammad Naquib memuat naik 'resume' bagi mencari calon pengantin perempuan di laman Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Jawatan kosong sebagai pengantin

Menerusi twitternya dengan nama akaun Naquib, telah membuat satu tawaran 'jawatan kosong' sebagai pengantin perempuan.

Sumber : HMetro/OMM