--> Skip to main content

Doa 6 Tahun Termakbul, Wanita Sebak Hamil Kembar 3 & Dengar Bunyi Jantung Lagi

Sharing is caring!

Setiap suami isteri pastinya memasang impian untuk memiliki zuriat sekurang-kurangnya seorang terutamanya selepas bertahun-tahun melayari alam rumah tangga. Realitinya tak semua wanita bernasib baik dan sempat merasai pengalaman hamil. Namun begitu, kita semua tak boleh berputus asa sebab mana tahu ada sinar di menanti di sebalik 1.001 cara dan ikhtiar yang diusahakan.

BACA: Merasa Nikmat Hamil Kali Ke-8 Di Usia 35 Tahun, Rupa Paras Ibu Ini Dipuji Ramai

Perkongsian terbaru di Instagram Dr. Tokha Muhammad mengenai seorang wanita ini sememangnya boleh menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton kerana dia akhirnya berjaya menimang cahaya mata selepas 6 tahun penantian. Dalam paparan berdurasi 3 minit tersebut, dia menjelaskan kepada pakar obstetrik dan ginekologi tersebut sebanyak 3 embrio telah dimasukkan ke dalam rahimnya menerusi persenyawaan in vitro atau rawatan IVF pada usia 32 tahun ini.

Ketika melakukan pemeriksaan ultrasound, Dr Tokha pada awalnya menjelaskan bahawa dia telah nampak 2 kantung saja dalam kandungan tersebut selain memperdengarkan denyutan janin tersebut. Namun apa yang buatkan wanita tersebut sebak apabila dia diberitahu ada kantung kecil sebenarnya yang berselindung di sebalik kantung yang paling besar. Perkara itu mengesahkan bahawa dia sebenarnya ada potensi hamil anak kembar 3 sekali gus.

Sumber: IG drthokha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!