--> Skip to main content

Dikec4m Buang Nama Bapa, Sekali Yamani Abdillah Umum Sesuatu Yg Mengeejutkan

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Yamani Abdillah belum memutuskan untuk 'membuang' nama bapanya, Datuk Jamal Abdillah daripada nama komersil, sebaliknya masih memikirkannya.

Yamani yang juga bekas peserta program realiti nyanyian Big Stage 2020 itu berkata, tidak menafikan, dirinya ada meluahkan untuk menggunakan nama Yamani tetapi ia sekadar cadangan.

"Ia hanya cadangan yang dikongsikan selepas konsert terakhir dalam program Big Stage 2020 lalu. Bagaimanapun, ia bukannya keputusan muktamad.

"Lagipun, saya tidak bermaksud membuang nama bapa di penghujung nama. Saya tidak kisah pun dipanggil Yamani Abdillah kerana walau macam manapun, saya tak boleh lari darah daging dan anak Datuk Jamal Abdillah.

"Saya masih menggunakan nama Yamani Abdillah, tetapi untuk bercakap mungkin lebih mudah saya membahasakan diri Yamani sahaja. Tiada pula orang yang membahasakan dirinya dengan nama penuh apabila bercakap," katanya kepada BH Online.

Yamani berkata, dia memohon netizen yang mengec4mnya bertenang. Bagaimanapun, dirinya tidak menyalahkan sesiapa mungkin tersalah anggap cadangannya itu. Baginya, kec4man orang ramai ada hikmah di sebaliknya.

"Jujurnya, saya dikecam teruk apabila ramai yang fikir saya benar-benar mahu membuang nama bapa. Tak mengapalah, saya tidak salahkan sesiapa, mereka tak faham maksud saya.

"Saya dapat mempelajari sesuatu daripada kecaman ini. Antaranya, saya tidak boleh mudah melatah kerana perjalanan masih panjang dalam industri muzik ini. Ia adalah sebahagian ujian dalam perjalanan sebagai penyanyi.

"Mungkin juga perkara ini dapat membantu menaikkan nama dan mempromosikan single terbaharu," katanya yang baru sahaja mengeluarkan single Takut Kehilangan pada 7 September lalu.

Single ciptaan Asfan Shah itu dikatakan sebagai pembuka perjalanan baharu sebagai penyanyi selepas tersingkir daripada program Big Stage 2020 pada 6 September lalu.

"Saya berharap single ini dapat menarik perhatian orang ramai, saya serius dalam bidang ini. Saya akui, kecewa selepas tersingkir, ditambah pula dengan berita pemergian sahabat, Allahyarham Sandra Dianne.

"Namun, Babah memberikan kata semangat. Beliau memberikan contoh seperti Misha Omar yang berjaya hingga hari ini, meskipun pernah tewas pada awal kemunculannya. Jadi, ini adalah taruhan saya untuk terus bangkit," katanya.

Single Takut Kehilangan sudah pun dimuat naik di platform digital seperti You Tube mulai 7 September lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : BH