--> Skip to main content

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Sharing is caring!

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila 'pemergian' anak dijadikan bahan bualan orang ramai. Terdahulu, kecoh apabila ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah meluahkan rasa kecewa gara-gara menerima komen sinis daripada segelintir pengguna media sosial yang tidak henti mempersoalkan tentang kematian anaknya.

BACA: Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Baru-baru ini menerusi posting di Facebook, Nur Syakinah telah berkongsi beberapa screenshot komen daripada pihak yang telah menuduhnya menjadi punca kepada kematian penyanyi berkenaan. Individu terbabit mengatakan bahawa wanita tersebut sengaja meminta pakar perubatan agar mencabut mesin pernafasan yang digunakan oleh Allahyarhamah Sandra Dianne pada ketika itu.

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Kecewa dengan tindakan berkenaan, Nur Syakinah Abdullah mengakui tuduhan itu ibarat satu perbuatan melampau. Individu terbabit memfitnah secara melulu sedangkan tidak mengetahui kejadian yang sebenar. Selain itu, ibu kepada Allahyarhamah Sandra turut menyatakan pakar perubatan telah sehabis daya membantu untuk menyelamatkan anaknya yang sedang kritikal pada Khamis malam tersebut.  Gara-gara tidak sanggup menanggung fitnah, wanita ini menyatakan bakal mengeluarkan saman terhadap individu itu.

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Sumber: Facebook Suria Mentari Pagi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!