--> Skip to main content

“Dia Tak Kenal Siapa Ibunya”- Ratu Balqis Pilu Terpisah 2 Negeri Dengan Anak

Sharing is caring!

Bahtera perkahwinan selama 2 tahun milik bekas peserta Mentor Milenia 2017 iaitu Ratu Balqis dan suaminya telah berakhir awal tahun ini. Menerusi temubualnya bersama mStar Online, rumah tangga selebriti berkenaan musnah kerana tiada lagi persefahaman antara satu sama lain dalam hubungan mereka.

BACA: "Jarang Makan Luar & Tak Berselera"- Anak Dedah Detik Terakhir 'Pak Andak'

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 21 tahun tersebut mengakui sedang menanggung perasaan sengsara kerana terlalu merindukan cahaya matanya yang kini bersama bekas suami iaitu Mohd Hakimi Ikmal. Ratu Balqis juga dikatakan sedang dalam proses untuk memperjuangkan hak jagaan anak lelakinya Hamka.

Selain itu, bekas protege Hazama ini mengakui emosinya sedikit terganggu kerana sudah hampir 4 bulan tidak bersua muka dengan anak. Lebih menyedihkan lagi, hatinya pilu mengenangkan Hamka tidak mengenali ibunya sendiri. Selain itu, pertemua mereka juga susah untuk diatur kerana masing-masing terpisah antara 2 negeri.

Akan tetapi, penghibur berkenaan tidak pernah rasa menyesal untuk berkahwin muda iaitu sewaktu usianya masih 18 tahun. Hal ini kerana, sekurang-kurangnya dia dapat memenuhi permintaan Allahyarham ayahnya. Walaupun berasa terkilan pada awal perpisahan itu, Balqis tetap menjadi kuat dengan sokongan ahli keluarganya.

Sumber: FB mStar Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!