--> Skip to main content

Derita Asma Lepas ‘Dihentam’ Kereta, Kucing Gendut Perlu Inhaler 2 Kali Sehari

Sharing is caring!

Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan seperti kucing bagaikan sudah dianggap sebahagian daripada ahli keluarga masing-masing. Bukan sahaja perlu meluangkan masa untuk bermain dengan 'si bulus', malahan perhatian penuh harus diberikan lagi-lagi jika haiwan peliharaan berkenaan mengalami masalah kesihatan. Sama seperti kisah seorang lelaki ini apabila kucingnya yang comel telah menghidap asma.

BACA: [VIDEO] Merajuk Bila Tak Dapat Coklat, Kucing 'Drama Queen' Ini Over Habis

Walaupun sukar dipercayai bahawa si comel itu memiliki masalah pernafasan, namun ia didedahkan melalui perkongsian di Tiktok @MomoTheBengal. Menurut pemiliknya, kucing baka Bengal ini dikatakan telah menghidap asma sejak kecil lagi selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya. Bagaikan sebuah keajaiban ia selamat, sekarang kucingnya bergantung kepada ubat sedutan asma iaitu inhaler yang perlu diberikan sebanyak 2 kali sehari.

@momothebengal

Luckily cats have 9 lives 🙂💛 #cats #fyp #miracle #petsoftiktok

♬ Can't You See – The Marshall Tucker Band

Selain itu, pemiliknya turut berkongsi cara memberikan Liam dos sedutan inhaler harian. Haiwan berkenaan bagaikan sudah tahu tiba masanya untuk diberikan ubat apabila lelaki itu menggoncangkan inhaler. Muncung inhaler terbabit kemudiannya dilekapkan di bahagian mulut dan 'si meow' itu akan mengalihkan kepala sebagai tanda sudah selesai.

@momothebengal

He comes to me when i shake the inhaler🥺 #asthma #asthmacat #cats #fyp #foryou #catsoftiktok

♬ You Are My Sunshine – Kina Grannis

Video TikTok ini turut tular laman Twitter melalui akaun @NWahidahhh sehingga meraih lebih 114 ribu tontonan dan 8 ribu retweets. Selain berasa kasihan melihat keadaan 'si bulus' berkenaan, ramai juga netizen tidak menyangka seekor kucing juga boleh menghidap masalah asma.

Derita Asma Lepas 'Dihentam' Kereta, Kucing Gendut Perlu Inhaler 2 Kali Sehari

Derita Asma Lepas 'Dihentam' Kereta, Kucing Gendut Perlu Inhaler 2 Kali Sehari

Derita Asma Lepas 'Dihentam' Kereta, Kucing Gendut Perlu Inhaler 2 Kali Sehari

Sumber: TikTok MoMoTheBengal, Twitter NWahidahhh

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!