--> Skip to main content

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi ‘Peluang Kedua’ Mini Neelofa Cute Gila

Sharing is caring!

Masihkah anda ingat tentang si cilik yang tular sekitar hujung tahun lepas kerana wajahnya persis seperti Neelofa versi kecil? Selain dapat bertemu dengan usahawan serta pengacara tersohor berkenaan, adik Naura Auni juga kini menjadi popular di laman sosial siap buat product review lagi. Terbaru, dia kini menjadi bualan hangat ramai apabila muncul dalam video parodi eksklusif lagu 'Peluang Kedua' oleh Nabila Razali.

BACA: Merdu & Penuh Emosi, Neeta Cover 'Peluang Kedua' Guna Earphone Lekat Botol Saja

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Gara-gara penangan lagu viral tersebut, si comel berusia 6 tahun tersebut tak kekok langsung beraksi di hadapan lensa kamera. Daripada babak sayu atas katil, naik kereta bersama-sama hinggalah ke duduk dating bersama, Naura dilihat pandai menghayati watak serta emosi sehingga dapat pujian penyanyi asal sendiri.

Tak cukup dengan itu, gandingan bersama rakan cilik iaitu adik Adam Ghadafi turut menyempurnakan lagi video parodi tersebut. Selain mimik mukanya yang polos dan innocent, dia turut mencuri tumpuan apabila melakonkan semula babak rap MK K-Clique daripada MV berkenaan.

Selain dipuji comel dan terkesan dengan lakonan adik Naura dan Adam, rata-rata netizen turut berseloroh dengan 'Peluang Kedua' versi kanak-kanak ini.

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Dating Baca Buku Simpulan Bahasa, Parodi 'Peluang Kedua' Mini Neelofa Cute Gila

Sumber: IG nabila.razali, nauraboniey & YouTube Mask Team

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!