--> Skip to main content

Dakwaan Veveonah menipu ambil periksa ‘online’. Pengerusi UMS cerita perkara sebenar buat menteri, yb terduduk

Pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian pada 9 hingga 12 Jun lalu.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Twitter miliknya selepas berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS bagi mendapatkan penjelasan dan situasi sebenar.

After meeting the TNC & Pengarah Pusat Asasi Sains, UMS today, I would like to confirm that student Veveonah Mosibin sat for her final semester exams (online) from 9/6 till 12/6/20.

She was an exemplary student & has been offered to do Marine Science degree course in UMS.

— Masidi Manjun (@MasidiM) September 8, 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan itu berkata, remaja berusia 18 tahun itu merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah di universiti yang sama.

Kenyataan tersebut mendapat perhatian warganet sehingga diulang kicau lebih 8,000 kali selain pelbagai reaksi mereka terhadap isu berkenaan.

Terima kasih Datuk atas penjelasan!

Tiada 'exam' hanya untuk pelajar kursus peringkat ijazah

Apa akan jadi pada Veveonah? Ini buli siber Datuk!

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri mendakwa bahawa rakaman video gadis itu memanjat pokok bagi mendapatkan liputan internet hanya untuk meraih perhatian.

'Mai, mai, mai' – Abang Veveonah ajak Zahidi tinjau internet pedalaman

Abang kepada Veveonah Mosibin mencabar dua timbalan menteri yang menuduh pelajar UMS itu berbohong demi meraih publisiti supaya berkunjung ke kampung Pitas untuk menyaksikan sendiri kemudahan yang ada di sana.

Pada hantaran Facebook lewat malam tadi, Mekvin Mosibin mempertahankan tindakan adiknya menyiarkan video YouTube memaparkan dirinya memanjat pokok bagi mendapatkan capaian Internet untuk peperiksaan dalam talian.

Video yang kini tular itu mencetuskan perbincangan orang ramai mengenai kemudahan Internet yang lemah di luar bandar Sabah.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mendakwa Veveonah sebenarnya tidak mempunyai sebarang peperiksaan dan hanya sekadar membuat kandungan tular terbabit untuk hiburan dan menempah nama.

Beliau meminta maaf selepas Veveonah menunjukkan bukti jadual peperiksaannya itu.

Mengulas hal itu, Mekvin mengkritik Zahidi kerana menyasarkan Veveonah dan mengajaknya datang berkunjung ke kampung mereka.

"Cuba kau masuk kampung pendalaman. Lai lai lai, mai mai mai, tapi jangan pilih kampung pula, mesti seluruh tempat kekuasan mu itu.

"Sampai lubang cacing kau datang turun padang. Cuba ambil pengalaman melayar internet di kampung pendalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau timbalan menteri.

"Itu baru Internet belum lagi bekalan air, bekalan elektrik, jalan aspal kena viral," kata Mekvin.

Naik kapcai, rasakan jalan masa hujan

Semalam, Zahidi berkata beliau memberikan laporan yang salah mengenai Veveonah Mosibin kerana mendapat maklumat berkenaan daripada Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri.

Ahli parlimen Kudat (gambar, bawah) yang juga timbalan menteri kewangan itu bertindak balas dengan berusaha untuk terus memperlekehkan Veveonah dengan berkongsi sumber maklumatnya.

Beliau memadamkan hantaran di Facebooknya selepas netizen mengkritiknya kerana menggunakan platform media sosial untuk menyasarkan pelajar berusia 18 tahun itu.

Mengulas hal ini, Mekvin berkata Abdul Rahim jarang-jarang dilihat di Pitas dan mencadangkan wakil rakyat itu turun padang.

"Turun padang kau YB masa hujan rasakan jalan tu…

"Jangan pakai kereta, pakailah motor kapcai ya, orang kampung kan pakai motor kapcai, mana lah mampu beli motor mahal, kereta mahal," katanya lagi.

Mengenai dakwaan ahli politik Bersatu itu bahawa keluarga Mosibin sudah tidak lagi tinggal di kampung berkenaan, Mekvin mengakui hal ini sebagai benar tetapi mendakwa mereka 'dihalau' oleh ketua kampung tempatan yang sama yang memberikan maklumat kepada Abdul Rahim.

"Ketua kampung inilah dulu suami isteri pengurus bahagian JKKK di Kampung Sapatalang yang mengusir bapa saya.

"Sedangkan bapa saya orang asal Kampung Sapatalang," jelasnya lagi.

Sumber : Masidi Manjun, mkini