--> Skip to main content

Dakwaan dipukul suami, Pavithra tampil serah satu surat

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima surat rasmi daripada Youtuber masakan, S.Pavithra untuk menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M. Sugu.

Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman berkata pihaknya telah menerima surat tersebut Jumaat lalu namun belum ada sebarang keputusan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada untuk meneruskan prosiding atau sebaliknya.

Pavithra tarik balik laporan

Sugu, 29, seorang bekas pekerja ladang, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Turut miliki se3njata b4haya

Selain itu, Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira jam 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Pada prosiding hari ini, Sugu diwakili peguam Jude Pereira dan Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir kemudiannya membenarkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 17 Sept ini.

Nak mulakan hidup baru, Sugu Pavithra tak mahu apa2 anugerah lagi

Sejak semalam, kisah YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra yang dihambat kontroversi ekoran M. Sugu ditahan pihak berkuasa susulan daripada laporan yang dibuat oleh isterinya, S. Pavithra.

Sebelum ini, M. Sugu didakwa mencederakan S. Pavithra hanya disebabkan namanya tidak disebut ketika menerima anugerah Ikon bandaraya Ipoh beberapa hari lepas.

Maafkan suami

Namun, hari ini, Pavithra telah menarik balik laporan polis tersebut dan mengikat jamin suaminya kerana sudahpun memaafkan lelaki tersebut dan ingin memulakan kehidupan baharu.

"Saya sudah memaafkan suami atas apa yang berlaku dan kini mahu fokus kehidupan biasa."

Nak jadi orang biasa

Dalam temu bualnya bersama Kosmo, Sugu Pavithra telah memaklumkan bahawa selepas ini mereka enggan lagi menerima sebarang anugerah kerana ingin menjadi seperti orang biasa dan YouTuber masakan yang tidak dikenali umum.

Rasa tak layak terima anugerah

Sugu Pavithra memaklumkan bahawa mereka tidak layak menerima anugerah Ikon Perak kerana lebih ramai lagi yang lebih baik dan bagus daripada mereka.

Kejayaan itu memang satu ujian

Sehubungan dengan itu, menerusi sumber, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai mengulas mengenai isiden tersebut.

Mereka juga menasihati agar pasangan ini meneruskan kehidupan seperti biasa dan memperbaiki diri masing-masing agar kejadian seperti itu tidak lagi berlaku.

Sumber : Bernama