--> Skip to main content

“Cute Lahai” – Anak Buah Mira Filzah Titip Ucapan Sweet, Sempat Usik Uncle Baru

Sharing is caring!

Seperti diketahui umum, majlis pernikahan Mira Filzah terpaksa dipercepatkan berikutan kakaknya iaitu Ain Farhanah yang menetap di New York tak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Selain akad nikah dan resepsi Mira serta Wan Emir semalam, seluruh ahli keluarga kakak sulung termasuk anak buahnya yang bernama Umar juga berkesempatan menyaksikan majlis pernikahan adik bongsu mereka sebelum ini.

BACA: Suami Tersipu Malu Naik Pelamin Dengan Mira, Tapi Masuk Air Bila Nervous Hilang

Bersempena majlis resepsi di Hotel Le Meridian, Putrajaya malam tadi, si cilik tersebut telah menjadi tumpuan apabila menyampaikan ucapan khas bagi mewakili keluarga kakak sulung Mira Filzah. Selain memuji Mira Filzah kelihatan sangat cantik, Umar malah sempat berseloroh bahawa bapa saudara barunya itu pun tak kurang hebat juga. Apa yang lebih menyayat hati adalah dia sempat memeluk mesra pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu seolah-olah tumpang gembira dengan pernikahan penuh bermakna tersebut.

Menerusi perkongsian di IG Story milik Ain Farhanah, keluarganya terus berangkat ke New York malam tadi sejurus majlis selesai. Menurut kenyataan Mira sebelum ini, mereka perlu pulang kerana Umar bakal memulakan sesi persekolahan baharu di sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa terharu mendengar ucapan daripada si comel tersebut. Malah ada yang turut memuji penampilan ayu kakak Mira Filzah serta bersedih kerana mereka sudah perlu berangkat pulang malam tadi.

Sumber: IG hotfm976 & ainfarhanah16_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!