--> Skip to main content

COVID-19: Indonesia catat 3,128 kes baharu

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mengumumkan 3,128 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu, menjadikan kes jangkitan keseluruhan meningkat kepada 190,665 kes.

Republik itu turut merekodkan 108 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat pandemik itu, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 7,940.

Jumlah kes sembuh turut meningkat kepada 136,041.

Jakarta merekodkan 877 kes jangkitan baharu, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 45,157, manakala Jawa Timur (326 kes), Jawa Tengah (258), Jawa Barat (228), Riau (178) dan Bali (165).

Pandemik itu kini merebak ke 34 wilayah di Indonesia. - Agensi