--> Skip to main content

Cantik Susunan Ayat Mak Mira Filzah, Nasihat Sesuai Untuk Pasangan Muda Dari Orang Lama

Minggu lalu berita hiburan tertumpu kepada perkahwinan Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar. 

Malah, satu demi satu didedahkan oleh pasangan itu dari saat perkenalan mereka sehinggalah ke jinjang pelamin.

Meskipun sudah majlis pernikahan dan dua majlis resepsi kedua-dua belah pengantin, namun sehingga kini kisah perkahwinan mereka masih menjadi bualan ramai netizen.

Menerusi hantaran pada instagram ibu mira filzah semalam, beliau mengucap syukur ke hadrat Ilahi dan sempat memberi kata-kata nasihat pada anak dan menantu beliau.

Cantik Ayat Mak Mira Filzah

Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami.

Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.

Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.

Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga …mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat.

Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN

Lokasi Bulan Madu

Ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

Mira berkata  dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

Sumber : Instagram