--> Skip to main content

Cabaran Menembak KSN Bersama Media

Kuala Lumpur: Kira-kira 30 wakil media mengambil bahagian dalam Cabaran Menembak KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Media 2020 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, Presint 20, Putrajaya dekat sini, hari ini.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu menyaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengambil bahagian secara langsung dalam acara terbabit.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), pertandingan menembak itu bertujuan membina saluran komunikasi terbuka antara organisasi kerajaan dan media dalam bertukar pandangan masing-masing.

"Acara turut disertai beberapa pemimpin utama organisasi kerajaan antaranya Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

"Program anjuran pejabat KSN ini juga menyasar hubungan akrab dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak," demikian menurut kenyataan.