--> Skip to main content

Bukan Biase Biase Rupanya Akak Yang Dihalau Buat Live Review Dekat Restoran, Ini Kisah Beliau

Hari ini kecoh di media sosial tentang seorang influencer bernama Eira Aziera tentang sebuah video dimana dia telah dimarahi oleh pemilik sebuah restoren popular di Melaka kerana membuat LIVE di dalam kedai.

Video tersebut telah mendapat ratusan ribu jumlah tontonan dan ada yang mencecah lebih dari sejuta tontonan.

Eira Aziera memberitahu bahawa dia membuat LIVE untuk mempromosikan secara percuma restoren tersebut dan untuk mempromosikan produk dia tetapi malangnya dia diminta untuk hentikan LIVE.

Disebabkan itu Eira Aziera terus bangun dan tinggalkan kedai dan kecewa dengan layanan daripada pemilik kedai tersebut.

Perkara ini berlanjutan apabila ada netizen yang menyokong Eira Aziera dan ada yang tidak menyokong Eira Aziera.

Siapa yang mengikuti Eira Aziera pasti sudah tahu beliau seorang usahawan yang berjaya dan munkin telah pun menjadi jutawan. Tapi siapakah sebenarnya Eira Aziera?

Bisnes Facebook Live, 'Lubuk Rezeki' Luar Biasa

Pada 20 Mac lalu, MAUKERJA MALAYSIA telah menemuramah beliau tentang apa yang terjadi sebelum Eira Aziera menjadi berjaya sekarang.

Beliau hanya berkelulusan SPM sahaja dan dari awal memang minat beliau adalah kepada berniaga dan bukan makan gaji.

Lebih dari 100 jenis perniagaan dia telah cuba dan rata rata gagal.

Menurut Eira Aziera, selepas FACEBOOK memperkenalkan fungsi LIVE dia telah mengambil peluang untuk mempromosikan produk beliau.

Dengan jumlah follower melebihi 500 ribu, Eira Aziera bukanlah calang calang orangnya.

Sumber : BeritaRTM/AwatSyeikhNetwork