--> Skip to main content

Buat Kejutan Secara Live, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Wan Sharmila Cincin

Sharing is caring!

Walaupun drama '7 Hari Mencintaiku 2' sudah pun berakhir kira-kira sebulan yang lalu, gandingan Syazwan Zulkifly dan juga Wan Sharmila itu. Ramai peminat yang boleh dikatakan belum move on dengan penangan kemesraan di antara kedua-dua pelakon tersebut.

BACA: Ramai Nak Helmi-Sofi Berjodoh Betul-Betul, Tak Sangka Syazwan Zulkifly Aminkan

Terbaru menerusi satu perkongsian video di laman Twitter, peminat sempat merakamkan detik-detik manis daripada Instagram (IG) Live kedua-dua pelakon terbabit. Syazwan dilihat telah memberi sebentuk cincin kepada pelakon wanita kerana ingin meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya sebelum itu.  Kejutan berkenaan telah diberikan melalui pelayan kedai yang telah diupah olehnya.

Buat Kejutan Secara Live, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Wan Sharmila Cincin

Menerusi rakaman berkenaan, artis lelaki itu juga turut kelihatan teruja dan meminta Wan Sharmila untuk menyarung cincin berkenaan sebagai tanda permohonan maaf tersebut telah diterima. Walaupun terkejut, 'Sofi' sempat menegur soal pemberian tidak dijangka itu dan menegaskan mereka cuma berkawan.

"ni bukan pasal kahwin ke kawan ni pasal sorry" 🤣 sanggup belikan cincin nak cakap sorry eh HAHAHA dalam drama cute luar drama pun cute hais pic.twitter.com/6fqkMiWriC

— 𝔞𝔰𝔥𝔬𝔢𝔯𝔞 (@asyqstna) September 15, 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perbuatan Syazwan yang dianggap sangat sweet. Mereka turut mengharapkan hubungan kedua-duanya berjodohan. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah mendapat lebih tiga ratus ribu jumlah tontonan.

Buat Kejutan Secara Live, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Wan Sharmila Cincin

Buat Kejutan Secara Live, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Wan Sharmila Cincin

Buat Kejutan Secara Live, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Wan Sharmila Cincin

Sumber: Twitter asyqstna

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!