--> Skip to main content

“Biarlah Dia Bertaubat..” – Tular Video Bercumbu, Nora Akui Sudah Hukum Anak

Sharing is caring!

Ibu bapa mana yang tidak terkilan apabila aib serta perlakuan tak senonoh anak disebarkan di laman sosial? Itulah juga ujian yang terpaksa ditempuhi oleh pelantun lagu 'Ada Dalam Tiada' ini apabila tersebar sebuah rakaman video memaparkan anak gadisnya sedang bercumbuan di tempat awam bersama seorang remaja lelaki sejak akhir-akhir ini. Difahamkan, insiden tercetus selepas rakaman tersebut dimuat naik ke sebuah akaun TikTok yang dipercayai milik teman lelaki Putri Nor Dahlia.

BACA : [VIDEO] Mengaku Bercumbu Dengan Anak Nora, Remaja Lelaki Tampil Mohon Maaf

 Ekoran itu, gadis berkenaan menerima kecaman teruk daripada netizen sekaligus mencalarkan reputasi Nora sebagai artis. Terpanggil berhubung isu tersebut, ibu kepada remaja lelaki terbabit akhirnya tampil meluahkan rasa terkilan serta permohonan maaf kepada seluruh ahli keluarga Nora. Malah dia juga sudah lakukan yang terbaik dalam mendidik dan membimbing anaknya.

"SAYA MERAYU …….."😌#ZUHER'sMUMRt this untuk semuaa tengok🤗 pic.twitter.com/CMZ4pqLeHh

— BY @layincamelia_ (@Layincamelia1) September 5, 2020

Semalam, Nora menerusi entri Instagramnya menyatakan bahawa dia sudah mendengar pengakuan daripada kedua-dua belah pihak selain memaafkan yang terlibat. Menurut penyanyi berusia 47 tahun ini lagi, anak gadisnya itu juga sudah menerima hukuman berlandaskan hukum agama namun tidak dimaklumkan secara terperinci. Di samping itu, Nora turut berharap agar anaknya memohon keampunan atas kesilapan yang telah dilakukan.

Sumber : Twitter Layincamelia , Instagram itsnoraariffin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!