--> Skip to main content

Bercumbu Dengan Anak Nora, Ibu Remaja Lelaki Merayu Hentikan Buka Aib Keluarga

Sharing is caring!

Hati ibu mana yang tak sedih apabila aib serta perlakuan tak senonoh anak jadi bualan orang lain? Itulah dugaan yang terpaksa ditempuhi penyanyi terkenal Nora Ariffin apabila mengaku bahawa remaja bertudung yang bercumbuan dalam sebuah video tular sejak akhir-akhir ini merupakan anak perempuannya iaitu Putri Nor Dahlia. Menyorot kronologi, rakaman tersebut telah viral selepas dimuat naik ke sebuah akaun TikTok yang dipercayai milik kepada teman lelaki gadis berkenaan.

BACA: Tak Cukup Pemergian Insan Tersayang, Nora Kesal Tular Video 'Nakal' Anak Gadis

Bercumbu Dengan Anak Nora, Ibu Remaja Lelaki Merayu Hentikan Buka Aib Keluarga

Tak lama selepas itu, Putri menerusi akaun Twitternya menjelaskan bahawa dia telah dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh itu. Sambil mengulas tentang reaksinya sepanjang dalam video kontroversi berkenaan, gadis ini sebenarnya cuba mengelak daripada tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Malah dia turut menyatakan bahawa dia telah memarahi individu tersebut sekali gus memutuskan hubungan mereka.

Bercumbu Dengan Anak Nora, Ibu Remaja Lelaki Merayu Hentikan Buka Aib Keluarga

Bercumbu Dengan Anak Nora, Ibu Remaja Lelaki Merayu Hentikan Buka Aib Keluarga

Selepas sekian lama mendiamkan diri, ibu Zuher iaitu lelaki yang terlibat dalam paparan tersebut berkata bahawa dia baru dapat kekuatan untuk berhadapan dengan semua netizen. Dengan nada penuh sebak dan terkilan, wanita tersebut berkata sudah cuba sedaya upaya untuk membimbing anak namun semua manusia lakukan kesilapan. Selain memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga Nora, dia juga merayu kepada semua pihak agar berhenti sebarkan video 'panas' terbabit demi melindungi aib keluarga.

Sedikit sambunganšŸ˜Œ pic.twitter.com/BLqhcCVmIh

— BY @layincamelia_ (@Layincamelia1) September 5, 2020

Sumber: Twitter Layincamelia1 & Kosmo Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!