--> Skip to main content

Bekas Pekerja Jadi Scammer Percutian, Dato’ Aliff Syukri Bengang Diburu Netizen

Sharing is caring!

Ramai telah mengambil peluang untuk keluar bercuti semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada Jun lalu. Meskipun hanya terhad melancong di dalam negara sahaja, tetapi ia tidak menjadi penghalang mereka meneruskan kemahuan untuk makan angin. Namun begitu ada pihak yang mengambil peluang dengan menjual pakej percutian berunsur penipuan. Lebih mengejutkan, kesalahan itu juga dilakukan oleh salah seorang bekas pekerja Dato' Aliff Syukri.

BACA: Kosong 4 Bulan Tanpa Anak-Anak, Aliff Syukri Buang Ego Kembali Pada Keluarga

Baru-baru ini di Instagram, Dato' Aliff Syukri telah menyatakan banyak pihak menghubunginya selepas timbul isu penipuan pakej percutian daripada bekas pekerja dikenali sebagai Iqbal Sani. Bukan sahaja dicari oleh pihak polis, malahan mereka yang terlibat dengan masalah itu turut meminta ganti rugi daripadanya. Usahawan kosmetik itu mengakui bahawa beliau tidak lagi mengambil tahu apa-apa berkaitan dengan lelaki tersebut selepas dia berhenti kerja beberapa tahun lepas.

Bekas Pekerja Jadi Scammer Percutian, Dato' Aliff Syukri Bengang Diburu Netizen

Bekas Pekerja Jadi Scammer Percutian, Dato' Aliff Syukri Bengang Diburu Netizen

Dato' Aliff Syukri yang tidak mengetahui tentang kejadian sebenar turut menegaskan enggan terlibat dalam permasalahan tersebut. Justeru, beliau juga meminta agar mereka yang ditipu tidak mencari atau mengganggunya dengan pelbagai soalan. Usahawan kosmetik itu berharap supaya isu berkenaan boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

Bekas Pekerja Jadi Scammer Percutian, Dato' Aliff Syukri Bengang Diburu NetizenBekas Pekerja Jadi Scammer Percutian, Dato' Aliff Syukri Bengang Diburu Netizen

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!