--> Skip to main content

BCL ziarah pvsara Ashraf sebelum Jakarta laksana separa ‘l0ckd0wn’

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menzi4rahi pvsara arw4h suaminya, Allahy4rham Ashraf Sinclair kelmarin.

Ini berikutan kerajaan Indonesia kembali melaksanakan sek4tan pergerakan separa (partial lockdown) atau Pemb4tasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta bermula hari ini.

Ibu kepada BCL, Emmy Syarif berkongsi perkara tersebut di laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka di pvsara Allahy4rham di San Diego Hills, Kabupaten Karawang, Jawa Barat.

View this post on Instagram

#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#

A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on Sep 12, 2020 at 5:40am PDT

"#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#," tulisnya ringkas.

Tidak lupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, mereka hadir lengkap dengan mengenakan pelitup muka dan face shield.

Memetik laporan Tribunnews, BCL sering mengunjungi pvsara tersebut sejak Allahy4rham mninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat peny4kit jantvng.

C0VID-19: PSBB kembali dikuatkvasakan di Jakarta bermula hari ini

PSBB di Jakarta dilanjutkan 14 hari, kes COVID-19 berterusan meningkat

TERDAHULU, Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) kembali dikuatku4sakan di Jakarta selama dua minggu mulai hari ini berikutan kes p0sitif C0VID-19 yang meningkat semakin mendadak di provinsi itu.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam sidang media menerusi laman Youtube rasmi pemerintah Jakarta hari ini berkata, secara prinsipnya PSBB itu mewajibkan warga Jakarta kembali melakukan banyak kegiatan harian di rumah, termasuk bekerja, belajar dan beribadat.

PSBB dikuatkvasakan di provinsi Jakarta buat pertama kali pada 31 Mac lalu, namun pemerintah Jakarta membenarkan kembali beberapa aktiviti sosioekonomi menerusi fasa transisi PSBB bermula 5 Jun lalu, selepas kes virus itu berkurangan.

Namun sejak akhir Ogos lalu, kes p0sitif baharu di provinsi Jakarta berterusan meningkat pada kadar purata hampir 1,000 kes setiap hari.

PSBB: Berita Pembatasan Sosial Berskala Besar Terkini: Video: Data Kasus Corona di Indonesia per 13 September 2020

Antara peraturan PSBB itu adalah hanya 11 sektor yang dibenarkan pekerjanya berada di pejabat, antaranya sektor kesihatan, perbankan, komunikasi dan makanan.

Orang ramai dilarang berkumpul melebihi lima orang, dan mereka yang tidak memakai pelitup mulut, hidung, di luar rumah akan dikenakan d3nda Rp250,000 (RM75), manakala rumah-rumah ibadat serta pusat rekreasi dan pelancongan kembali ditutup, pegehadan penggunaan pengangkutan awam serta larangan makan di restoran, iaitu hanya dibenarkan pembelian untuk dibawa pulang.

Mengikut perangkaan, kes p0sitif virus itu di Jakarta meningkat mendadak, dan berdasarkan data, pada 31 Ogos lalu kes p0sitif keseluruhan dicatatkan 39,280 dan kes p0sitif keseluruhan pada hari ini telah meningkat kepada 54,220.

PSBB Mulai Berlaku Hari Ini, Lalu Lintas di Jakarta Terpantau Lancar

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenan C0VID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 3,636 kes p0sitif baharu dicatatkan di seluruh Indonesia, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 218,382 kes.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes p0sitif tertinggi (54,220) dengan tambahan 1,380 kes p0sitif baharu, serta jumlah kematian keseluruhan sebanyak 1,391 orang.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 73 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 8,723 orang. –

Sumber : Emmy Syarif , Tribun News, OMM, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.