--> Skip to main content

Baru Jer MeninggI Dnia Hari Ini, Zizi Kirana Cerita Satu Persatu Sifat Sebenar Arwh Sandra Dianne

" Ibu arwh cakap, sebelum disahkan meninggal, arwh menitiskan air mata,"

Demikian kata-kata penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyrham Sandra Dianne di Hspital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hspital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana.

Tambah Zizi, dia juga dimaklumkan arwh sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pagi semalam sebelum dilaporkan kritikal pada jam 11 malam.

" Sehari sebelum kmIangan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya.

" Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage.

" Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hspital.

" Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwh dipindahkan ke CCU.

" Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

" Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kritikal dan pada jam 1 dia sudah tiada.

" Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hspital," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zizi, dia juga berada di hspital pada hari pertama arwh dimasukkan ke unit kecem4san.

Sifat sebenar arwh diceritakan Zizi

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan arwh selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan arwh seorang yang sangat baik.

" Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan.

" Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat 'best' berkawan dengannya.

" Hari pertama dia dimasukkan ke hspital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar.

" Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke lCU. Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra.

" Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu," katanya.

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kmIangan jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di lCU hspital itu.

Jenazah Allahyrham akan disempurna dan dikebvmikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.