--> Skip to main content

Baru je selesai kes budak 9 tahun pandu kereta, terbaru budak pandu lori pula tular

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'. Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

SEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

"Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Budak drive lori di Rantau,Negeri Sembilan

Kanak-kanak pandu lori pula tularSEREMBAN – Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut."Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini."Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.▶️π‘Ίπ’Šπ’π’‚π’“ π‘―π’‚π’“π’Šπ’‚π’

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, September 7, 2020

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pagi tadi tular di Facebook kanak-kanak yang mengaku bersekolah di salah sebuah sekolah di Rembau dan baharu sahaja berada di darjah tiga memandu kenderaan. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam, pihaknya sudah berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan kesemua mereka kini sedang diambil keterangan.

Bapa Disaman

REMBAU: Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu kereta seperti tular di media sosial hari ini telah dikenakan tindakan s4man mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, saman berkenaan dikeluarkan berikutan tindakan membenarkan kenderaan lelaki berkenaan dipandu oleh pemandu bawah umur. "Bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak berkenaan. Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu memandu kereta tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun di Kampung Bongek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Polis Ucap Terima Kaish Kepada Perakam

"Polis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu ini dan berharap agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada kami," katanya. Hari ini tular video berdurasi 43 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga di media sosial Facebook. – BERNAMA