--> Skip to main content

Baru Dijemur Tepi Pagar, Bayi Jaundis Terpisah Tangan Kanan Jadi Sasaran Anjing

Sharing is caring!

Memiliki haiwan peliharaan di rumah adalah perkara yang biasa. Ada yang memilih untuk membela kucing, anjing atau pun ikan. Tapi berhati-hatilah kerana dalam situasi tertentu, haiwan-haiwan kesayangan ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Bachang, Melaka ini.

BACA: [VIDEO] Ini Anjing-Belajar Nama Haiwan, Ayah Tergamam Dibidas  Anak Sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, seorang bayi yang masih berusia 7 hari telah pun mengalami kecederaan agak teruk di bahagian tangan kanan akibat menjadi sasaran seekor anjing. Waktu itu, bayi tersebut telah diletakkan di tepi pagar bahagian depan ruang tamu untuk dijemur sebagai usaha mengurangkan masalah jaundis.

Baru Dijemur Tepi Pagar, Bayi Jaundis Terpisah Tangan Kanan Jadi Sasaran Anjing Gambar Sekadar Hiasan

Namun, malang nasibnya apabila dicederakan oleh haiwan tersebut sewaktu ditinggalkan sementara oleh ibu saudaranya. Si kecil itu baru sahaja selesai menyusu dengan ibunya di bahagian atas rumah sebelum diambil untuk dijemur dan dimandikan. Penjaganya yang terkejut mendengar tangisan kuat bayi berkenaan bergegas memanggil ahli keluarga lain untuk membantunya.

Baru Dijemur Tepi Pagar, Bayi Jaundis Terpisah Tangan Kanan Jadi Sasaran Anjing

Baru Dijemur Tepi Pagar, Bayi Jaundis Terpisah Tangan Kanan Jadi Sasaran Anjing Gambar Sekadar Hiasan

Kanak-kanak tersebut terus dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum perlu dirujuk ke sebuah lagi pusat rawatan awam untuk berjumpa doktor pakar. Anjing jenis 'Plott Hound' yang telah terlibat dalam kejadian itu dipercayai milik suami kepada ibu saudaranya.

Baru Dijemur Tepi Pagar, Bayi Jaundis Terpisah Tangan Kanan Jadi Sasaran Anjing Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!