--> Skip to main content

Bapa Didakwa Pijak Kepala, Paksa Anak Makan Nasi Basi, Ibunya tampil bersuara

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila mendakwa anak lelakinya mendapat layanan buruk dibawah jagaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Jamal.

Menerusi laman Facebook, Azza Eirma memuat naik beberapa gambar dan video anaknya yang dihantar oleh lelaki tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut Azza, dia terpaksa membuat laporan polis bagi mengambil semula kanak-kanak tersebut selepas lelaki terbabit didakwa berlaku kasar terhadap anaknya.

Datang 'time' rindu anak, aku hantar anak kat kau…

"Anak lapar kau paksa anak kau makan nasi lemak basi sambil berdiri kat bucu bilik? Kau pijak kepala anak kau yang zakat dia pun aku yang bayar. Tu anak kau tau.

"Aku tak nak besarkan hal ni tapi sampai anak pun tau pasal botol hisap batu semua. Apa yang kau buat depan anak kau Jamal?," tulisnya.

Tambah wanita itu, dia tidak sanggup melihat anaknya diperlaku sedemikian malah menyifatkan lelaki tersebut sengaja 'bermain' mental dengan dirinya.

'Mendadah' depan anak? Apa patut aku buat?

Dah tu kau siap ambik video hantar kat aku.. Motif? Marah ajak rujuk tapi aku tolak? Nak main mental aku dengan seksa anak aku macam tu?," luahnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur dapat 'menyelamatkan' anaknya selepas mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan lelaki tersebut semalam.

Sekarang tunggu polis tangkap dia je

Posting tersebut mendapat hampir 2,000 perkongsian selain ratusan komen warganet yang turut bengang dengan tindakan lelaki terbabit.