--> Skip to main content

Bakat keusahawanan Asyraf, Tyra buahkan hasil

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga tahun bergelut dan berjuang mengukuhkan perniagaan sendiri iaitu jus kesihatan Mutyara, Asyraf Khalid, 28, dan isterinya, Tya Arifin bangga dapat memiliki wisma tersergam indah di Puchong.

Jika diikutkan sejak perniagaan itu mula bertapak pada April 2018, lelaki berjiwa besar berstatus bapa kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini sudah mendambakan memiliki wisma sendiri.

Namun, seperti pepatah Inggeris berbunyi, 'better late than never', anak ketiga daripada lima beradik ini boleh tersenyum bangga kerana apa yang diraih kini sudah membahagiakan diri.

Ironinya, kejayaan yang datang tidak datang bergolek buat suami kepada Tya Arifin.

Menepis pelbagai skeptikal yang datang bertalu talu, anak kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berjaya melawan segala cabaran mendatang.

Bertemunya pada majlis pelancaran wisma Mutyara pada 5 September, graduan sarjana Pemasaran, Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia ini menarik nafas lega dan memanjat kesyukuran atas rezeki diperoleh.

"Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri di usia 26 tahun. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.

"Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama isteri. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.

"Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya hari demi hari.

"Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkan sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi," katanya.

Jika mahu diimbas, perniagaan inspirasi keluarga isterinya ini bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya.

Seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun.

"Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan diri. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar kita sebuah erti kehidupan dan sepak terajang dunia niaga.

"Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.

"Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan, katanya.

Lebih utama Asyraf menekankan setiap kerja dilakukan bersama isteri tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.

"Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan isteri memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.

"Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.

Majlis pelancaran Wisma Mutyara pada 5 September di Puchong dihadiri keluarga mentua Tya. Majlis pelancaran Wisma Mutyara pada 5 September di Puchong dihadiri keluarga mentua Tya.

"Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah," katanya.

Sebagai manusia biasa, Asyraf dan isteri juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka sebagai anak dan hamba Allah.

"Tya sendiri niat mahu membantu keluarganya di Indonesia. Begitu juga saya mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna," katanya.

Sementara itu, kisah inspirasi dan bingkisan semangat yang tular bagaimana pasangan ini berjaya mengubah nasib masyarakat dan staf tersayang menambah serta menjana pendapatan sampingan di saat dunia diuji dengan pelbagai impak kesan pandemik Covid 19 terus membuka mata ramai.

Malah baru baru ini dua staf mereka Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen menjadi bukti bahawa kejayaan itu terus dikongsi.

"Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini.

"Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

"Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua ketiga orang staf saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa. Berkat berkongsi ilmu dan belajar daripada Dr Azizan Osman selain pengalaman, tuah dan rezeki menyebelahi kami," kata Asyraf.

Sementara, Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mula berjinak jinak mahu jadi usahawan Mutyara.

"Kerja keras saya dan suami membuahkan hasil. Ia bukan mudah namun menjadi destinasi diimpikan. Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk.

"Alhamdulilah sejak enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal.

"Ada antara mereka yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan menjual rangkaian produk Mutyara.

"Saya kalau boleh nak tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan 'dropship'," katanya.

Jus kesihatan ini terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol. Bagaimanapun pada hujung tahun ini turut diberi pilihan dijual dalam bentuk pek mudah bawa.

Layari www.mutyara.com atau klik https://bit.ly/2Q5nJ2h untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara.

Atau untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 0182789277Layari www.mutyara.com atau klik https://bit.ly/2Q5nJ2h untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara.

Atau untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 0182789277.