--> Skip to main content

Badlisyah dilantik CEO MARA Corp

KUALA LUMPUR: MARA Corporation (MARA Corp) hari ini melantik Datuk Badlisyah Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan.

Badlisyah sebelum ini, memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai CEO CIMB Group Islamic Banking dan CEO CIMB Islamic Bank Bhd.

Badlisyah memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Leeds, United Kingdom dan Chartered Banker (CB) yang dianugerahkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers dan Fellow Chartered Professional in Islamic Finance (F.CPIF).

Beliau juga adalah alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping.

Pengerusi MARA Corp, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir, berkata pihak lembaga pengarah

mengalu-alukan pelantikannya itu.

"Kami yakin pengalaman serta kepimpinan beliau dalam bidang perniagaan, kewangan serta pelaburan dapat memenuhi amanat sebagai CEO kumpulan dan mencapai mandat MARA Corp," katanya dalam satu kenyataan.