--> Skip to main content

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 ‘Bidadari’ Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Sharing is caring!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon kacak Ashraf Muslim? Bakat lakonan selebriti berusia 39 tahun ini masih relevan dari dulu sampai sekarang. Selain pernah terselamat daripada ancaman COVID-19, dia juga menjadi idola ramai sebagai seorang suami yang adil buat kedua-dua isterinya.

BACA: "Sedap Ke Teh Ais Tu?"- Baru Tiba Malaysia, Isteri Korea 'Stress' Dikuarantin

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Baru-baru ini, pelakon drama 'Dia Menantu Rahsia' ini telah menerima kejutan hari jadi daripada kedua-dua bidadarinya. Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi telah mengupah individu berkostum Spiderman untuk menghantar belon serta coklat kepada Ashraf.

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Ashraf yang ketika itu sedang duduk atas pasir kelihatan terkejut dan tersipu-sipu apabila melihat surprise yang diberikan oleh watak superhero terkenal tersebut. Menerusi kapsyen pula, bapa kepada 4 anak ini sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua bidadarinya kerana bersama-sama anjurkan kejutan berkenaan.

Selain dihujani ucapan hari lahir, para peminat turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan pelakon ini. Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mengakui kagum keharmonian rumah tangganya serta berpendapat Ashraf Muslim adalah contoh suami terbaik dalam kehidupan berpoligami.

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Ashraf Muslim Terkejut Besar, 2 'Bidadari' Pakat Buat Surprise Birthday Bersama

Sumber: IG Ashraf Muslim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!