--> Skip to main content

Apa Terjadi Pada Restoren 35 Selepas Viral Disebabkan Seorang Influencer. Wanita Ini Kongsikan Keadaan Restoren Itu Hari Ini Dan Memang Tak Sangka

Selalu kita dengar rezeki kita ditangan Allah SWT sahaja dan bukan di tangan orang lain. Selagi kita ada usaha dan apa kita buat ikhlas dan jujur, insyallah Allah akan bantu terutama dalam bidang perniagaan.

Semalam heboh 1 malaysia terutama untuk penduduk negeri Melaka tentang viral video seorang influencer dikatakan dimaki oleh seorang pemilik restoren popular di Melaka yang bernama Restoren 35.

Restoren 35 bukan calang calang sebenarnya dan tidak dinafikan menu lauk pauk yang disajikan seperti masakan dari air tangan kita sendiri. Ini yang telah dikongsikan oleh bukan seorang dua tetapi ramai pelanggan yang telah menjamu selera disitu.

Jadi apa terjadi selepas viral? Selalu kalau viral sudah pasti akan menarik minat sesorang untuk merasai adakah benar apa yang telah diperkatakan.

Seorang pengguna Facebook bernama Halimatussaadiah Salleh telah memuat naik 1 status berserta gambar Restoren 35 hari ini dan apa yang terjadi amat mengejutkan.

"Antara asam pedas dan bahasa yang pedas, 12 September 2020 Restoran 35

Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini. Asam pedasnya memang sesedap rasa Pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stres.

Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka. Bagi pelanggan biasa macam kami Macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran. Kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman"

Tengok pada gambar yang telah dikongsikan oleh beliau, betul betul menaikkan selera pada siapa yang melihatnya.

Bukti viral sudah ada apabila orang ramai mula menyerbu Restoren 35.

BERATUR SAMPAI KE LUAR

Antara komen netizen

Seperti yang admin cakap mula mula, rezeki di tangan Allah SWT sebenarnya. Apa yang terjadi semalam patut dijadikan ikhtibar. Munkin ini adalah asbab untuk mereka berubah jika sebelum ini ada perkara tidak betul.

PS: Ini yang nak buat admin drive g melaka esok .. tapi malas lak nak hadap jem.. haha!

Sumber : Facebook Halimatussaadiah Salleh

Artikel : AwattSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN