--> Skip to main content

Aliff Aziz Akan Masuk Penj4ra Selama 2 Minggu. Ini Kata Kata Bella Astillah Kepada Aliff Aziz

Singapura: Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz dijatuhi huku-man pen-jara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah mencu-ri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Aliff mengaku bersalah di mahka-mah itu hari ini atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu.

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencu-ri wang sebanyak RM915 dan RM285 milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura.

Aliff Aziz

Mereka dikatakan bertemu bagi membincangkan bagaimana Yunika boleh membantu Aliff mengembangkan kerjayanya di Indonesia.

Sekitar jam 1 pagi, Yunika dikatakan ke bilik lain untuk berehat dan meninggalkan beg tangannya berhampiran Aliff.

Namun ketika Aliff meninggalkan bilik, Yunika mendapati sejumlah wang tunai dalam beg tangannya hilang.

Ketika menghubungi penyanyi itu, Aliff menafikan mengambil wang terbabit dan membuat laporan polis. Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui men-curi wang itu kerana terdesak memerlukan wang.

Dia juga mengaku wang yang dicuri digunakan untuk membeli makanan dan membayar pengangkutan. Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati ma-buk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers pada jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Ketika kejadian, seorang pegawai polis melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang. Sarjan Theodore Lee meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi dan melakukan perkara serupa kira-kira satu jam kemudian.

Kali ini, Aliff didakwa berjalan menuju ke sebuah teksi dan menyepak 'bumper' teksi berkenaan tetapi tiada kerosakan berlaku.

INI KATA KATA BELLA KEPADA SUAMINYA ALIFF AZIZ

Bella Astillah memuat naik beberapa insta story yang ditujukan kepada suaminya supaya tabah menghadapi dugaan sekarang.

Bella turut menyanyikan lagu di dalam insta story khas untuk Aliff Aziz.

Aliff mula dikenali sebagai penyanyi pada 2007 selepas memenangi Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu menjadi perhatian tahun lalu kerana isu curang dengan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon Malaysia, Bella Astillah.

Pasangan yang berkahwin pada 2016 itu berpisah pada 16 Mei tahun lalu, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

Sumber : HMETRO ONLINE