--> Skip to main content

Akhirnya Wanita Baju Kuning Yg Kena Makii Dgn Eira Munculkan Diri

Belum reda isu restoran tersebut, muncul lagi satu video yang agak keterlaluan bagi orang ramai kerana perkataan yang digunakannya.

Video yang dimuat naik di halaman facebook menunjukkan Eira menggunakan kata-kata yang agak kasar kepada individu tersebut.

Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, dia juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.

Rata-rata netizen marah dengan tindakan beliau. Punca kenapa Eira bertindak begitu tidak dapat dipastikan lagi.

Posting dan hantaran dari individu tersebut

"Terima kasih diatas sokongan semua, maafkan sy kerana tdk sempat utk membalas pm satu persatu kerana terlalu banyak notifications masuk ketika sy bangun utk solat subuh td.. Kepada Iera Aziera, kuasa viral anda itu sbnrnya byk membuka aib anda sendiri.. Sejak hari pertama anda v1ral sy sehingga kini 98% pm sy adalah yg tdk suka kepada kamu, hanya 2% sahaja penyokong kamu.. Sy tak mahu membuka aib kamu, tetapi harus kamu ingat allah tdk pernah tidur.."

IERA AZIERA ada membaca komen sy di dlm live tersebut, dicari semula mmg tdk akn jumpa kerana beliau akan segera delete komen yg tdk ada unsur berpihak kepadanya walaupun komen itu hanya komen yg biasa.. sy tdk memaki hamun dia, sy juga tdk mengeluarkan perkataan sama seperti dia.. kerana perkataan itu tdk terbiasa keluar dr mulut saya mahupun penulisan sy.. utk pengetahuan kamu Iera Aziera, maki hamun kamu telah sy pertonton kepada seluruh ahli keluarga terdekat sy, mereka turut menggigil sepertimana kamu menggigil kerana kamu tdk dpt menendang makcik 35 tempoh hari krn kamu kata makcik tu dh nk mti.. Wahai Iera Aziera,semoga allah panjangkan umur kamu utk kamu tonton semula live kamu.."

Ada Netizen Nasihat Untuk Ambil Tindakan

"Puan boleh saman dia, guna je Defamation Act Law 1957. Kalau kes mcm ni, memang Puan mudah untuk menang".

Ini Penjelasan EIRA AZIERA

Eira Aziera beritahu pagi pagi dia terkejut tengok video LIVE facebook yang lama telah dimuat naik semula sehingga viral. Eira jua menjelaskan yang video makiian serta body shamiing tu merupakan video yang telah di sunting di ambil bahagian dia buat makiian sahaja

Tetapi Eira Aziera dengan selamber dan sambil ketawa beritahu dia tidak kisah. Ada yang tanya samada Eira memang suka maki orang dalam LIVE? Dia jawab memang dia suka maki orang dan kalau nak tengok dia maki orang lagi sila lah follow LIVE dia.

Eira Aziera yang memang gemar buat LIVE lebih dari 5x sehari seakan akan tidak kisah dengan video viral terbaru tentang diri dia hari ini.

Eira juga tidak kesah jika ada mereka yang tidak suka dan terus menerus memakii beliau kerana lebih ramai lagi follower yang terus menyokong

'Dalam 10 LIVE mesti ada 1 LIVE maki maki' – Eira Aziera.

Ada yang tanya kepada Eira bahawa dia sekarang tengah viral. Eira beritahu bukan senang nak viral dan famous sekarang.

Nak kena maki hamun orang baru famous. Cuba buat benda elok memang susah nak viral.

"Kalau benda baik tak viral punya, yang viral semua hat tak baik je" – Eira Aziera

Di akhir video Eira juga sempat perli mereka yang baru masuk dalam live video beliau semata-mata nak dengar dia memakii orang. Namun sehingga habis video, Eira hanya berkongsi resepi masakan dan mengulas berkenaan video yang tular. Tidak ada satu pun perkataan berbentuk makiian dalam live terbaru, sebaliknya dia terus positif dan akan meneruskan kerja beliau seperti biasa

Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik sesama mereka. InsyaAllah.

Sumber onlinemalaya/ejad sohor