--> Skip to main content

Akak Ini Suruh Tengok Balik Makcik Restoran Maki Dia, Lelaki Ini Ulang Balik Dan Ini Yang Dia Perasan

Semalam kecoh 1 hari di media sosial tentang seorang influencer bernama Eira Aziera tentang sebuah video dimana dia telah dimarahi oleh pemilik sebuah restoren popular, Restoren 35 di Melaka kerana membuat LIVE di dalam kedai.

Video tersebut telah mendapat ratusan ribu jumlah tontonan dan ada yang mencecah lebih dari sejuta tontonan.

Menurut Eira dia telah dimaki pemilik Restoren tersebut dan sebab itu dia keluar restoren dan makan di restoren lain.

Di dalam video tersebut terdapat beberapa orang yang meninggalkan komen mengatakan Makcik Restoren tersebut tidak memaki hamun Eira. Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.

Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan ini komen beliau.

Kawan² aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.

Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta netizen ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..

Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..

Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul.

Sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.

Kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila ajal seseorang.

Jadi siapa salah sebenarnya? Jika anda mengikuti kisah tular ini, ramai yang mengatakan dua dua salah dan dua dua tiada kesabaran dan kurang adab.

Jadi kisah ini sebagai ikhtibar untuk kita lebih menjaga pertuturan.

Tidak kira dari negeri mana anda datang, perkara adab ini tiada kena mengena dengan negeri dan ianya atas diri sendiri sahaja.

Admin harap isu ini dapat selesai dan lebih baik jika mereka berdua berjumpa dan bermaaf maafan sahaja.

Sumber : Facebook Eryzal Edry Artikel By: AwatttSyeikhh Network