--> Skip to main content

Air Selangor sedia alternatif tangani gangguan bekalan air

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan bantuan alternatif bagi menangani gangguan bekalan air tidak berjadual, sejak 3 September lalu.

Menurut Facebook rasmi Air Selangor, antara bantuan bekalan air alternatif adalah menyediakan bekalan air di 23 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air.

"Air Selangor juga menyediakan 114 lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

"Air Selangor menempatkan 70 tangki statik di Pusat Khidmat Setempat (senarai penuh di laman sesawang, FB dan Instagram Air Selangor).

"Untuk senarai penuh pili awam dan Pusat Khidmat Setempat, sila rujuk https://www.airselangor.com/press-release/lokasi-pusat-khidmat-setempat-...," menurut kenyataan itu.

Sejumlah 23,000 air botol minum berkapasiti lima liter turut diedarkan ke bangunan bertingkat seperti flat, pangsapuri dan kondominium.

Maklumat mengenai pelan pemulihan bekalan air akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.