--> Skip to main content

Ahli Parlimen Teresa Kok Diminta Buat Test C0VlD Di Sandakan. Ayat ‘Buang Masa’ Dari Dia Buat Najib Razak Naik Angin

Semua sedia maklum bahawa minggu ini ramai ahli politik yang 'terbang' ke Sabah untuk kempen pilihanraya

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila menyaksikan pertembungan 11 penjuru bagi perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, selain itu kerusi DUN Inanam menerima 10 pencalonan.

Menurutnya, secara keseluruhan sebaik tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi, SPR menerima 447 borang pencalonan.

Katanya, sebanyak 16 parti dan pertubuhan dan 56 calon bebas mencalonkan nama dalam PRN kali ini dengan Parti Cinta Sabah (PCS) meletakkan calon di 73 kerusi yang dipertandingkan.

'UJIAN C0VlD Yang Buang Masa' – Teresa Kok

Anggota Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok telah memuat naik satu status di laman rasmi beliau dimana dia telah ditahan untuk ujian Cov19.

Dia ditahan kerana pembantu dia tersilap mengisi borang.

Kenyataan beliau UJIAN YANG BUANG MASA SAYA telah menarik perhatian Bossku Dato Seri Najib Razak.

KENYATAAN NAJIB RAZAK

Tengok. Punya berani dia senyum dan kata ujian Covid-19 bazir masa. Hello. Kamu salah isi borang kata ada simptom Covid-19. Salahkan pegawai kamu pulak tu.

Maka kamu pun diminta buat ujian. Lepas itu kamu kata "ujian yang buang masa saya". Siapa yang bazir masa siapa? Kalau bazir masa, lebih baik duduk diam-diam di rumah.

Rata rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan Teresa Kok kerana ia seperti memperlekehkan frontliner untuk membendung wabak c0vid19. Sedangkan punca dia ditahan adalah kerana pembantu dia tersalah isi borang.

Kenyataan telah diedit

Jika anda pergi ke Facebook Teresa Kok, kenyataan buang masa itu telah pun diedit.

Jadi adakah dia tersilap muat naik status juga?

Ini komen dari netizen dari laman facebook Teresa Kok

Artikel By: AwatttSyeikhh Network