--> Skip to main content

“Adik Mengadu Tak Tahan Kena Ragging” -Keluarga Anggota Tentera Tuntut Keadilan

Sharing is caring!

Jika anda masih ingat sebuah insiden 'ragging' pernah berlaku di sebuah IPTA sehingga seorang pelajar bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menemui ajal. Siapa sangka, tragedi seperti itu berlaku sekali lagi di sebuah kem tentera pula. Terbaharu, turut menerima nasib yang sama seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menemui ajal akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kem tentera di Batu Pahat pada 29 Ogos lalu.

BACA : Suami Yatt Hamzah, Heliza Helmi Ditahan Tentera Mesir Masa Nak Balik Malaysia

Menerusi laporan Sinar Harian, Abdul Aziz Aznam pernah menyatakan hasrat untuk berhenti daripada berkhidmat dalam pasukan tentera kerana tidak tahan kena 'ragging'. Bagaimanpun, keluarga Allahyarham menasihatinya untuk terus bertahan kerana menganggap ia bukanlah satu masalah yang serius.

Sementara itu, abangnya memaklumkan anggota berusia 20 tahun itu telah pulang ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu untuk melaporkan diri dengan harapan dapat menguruskan proses tamat perkhidmatan. Malangnya, mereka dikejutkan dengan perkhabaran duka mengenai pemergiannya pada keesokkan harinya.

Susulan itu, keluarga Allahyarham Abdul Aziz Aznam mahu siasatan insiden itu dijalankan dengan adil. Meskipun telah reda, namun mereka sekeluarga meletakkan harapan tinggi agar kematian anggota berkenaan terbela.

Sumber : Sinar Harian 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!