--> Skip to main content

4 suspek cemar Sungai Gong direman 6 hari

KUALA LUMPUR: Empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamed Redza, ke atas semua suspek berusia 50 hingga 60 tahun.

Kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada jam 9.45 pagi tadi selepas ditahan sekitar jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan selanjutnya.