--> Skip to main content

100 Kes Baharu Diumumkan Oleh KKM, Ini Pesanan Penting Dari Dr Noor Hisham Pada Semua Rakyat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih adalah sebanyak 9, 136.

Menurutnya juga, terdapat sebanyak 100 kes baharu pada hari ini iaitu 85 kes tempatan dan 15 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9, 559 kes. Kebanyakan kes hari ini dari Kluster Benteng (Sabah) iaitu 62 kes dan Kluster Sungai (Kedah) 23 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan bahawa elakkan untuk laga tangan dan sentiasa ada penjarakkan 1 meter.

Pada sidang media hari ini, beliau ditanya pengamal media tentang amalan fist bump atau laga tangan dikalangan orang ramai dan meminta saranan serta nasihat dari beliau.

Rujuk Sidang Media Minit 22

"Setiap kali kita adakan sidang media, kita memperingatkan untuk tidak bersalaman dan bersentuhan. Jadi kalau ada bersentuhan ada risikonya".

"Jadi kalau boleh penjarakkan 1 meter, itu yang kita amalkan untuk tidak melakukan fist bump. Jadi kalau kes yang positif ada kemungkinan boleh dijangkiti kalau kita tiada penjarakkan 1 meter"

Laga Tangan Dielakkan

Trend orang ramai ketika ini melakukan 'fist bump' atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan C0vid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Jangan bersalaman dan bersentuhan termasuk lagakan anggota badan, namun hari ini saya lihat trend bukan sahaja melakukan begini (fist bump) tetapi genyeh lagi. Adakah kita mencuci tangan selepas itu.

"KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat, jadi saya lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik dan saya sarankan supaya berhati-hati," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Noor Azmi menjawab soalan tambahan Senator Lim Pay Hen yang bertanyakan perancangan kerajaan hadapi yang dijangka oleh saintis akan berlanjutan dua tahun lagi termasuk dari segi perjawatan pegawai perubatan.

Mengulas perkara itu, beliau berkata Malaysia terbukti sebagai antara negara yang berjaya mengawal dan mengurus wabak itu dengan baik sehingga diiktiraf dunia dan kerajaan akan melipatgandakan usaha itu.

"Kita akan terus memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa kerana kita masih belum mengenalinya, senjata yang kita ada ada ketika ini hanyalah pelitup muka dan pensanitasi tangan, selain penjarakan fizikal," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata saringan pengesanan setakat ini hanya dilakukan terhadap individu bergejala serta berisiko tinggi dan buat masa ini tiada cadangan untuk memberikan perkhidmatan itu secara berkala dan percuma kepada guru sekolah.

"Kerajaan sudah bangunkan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelbagai subsektor termasuk sektor pendidikan, justeru pematuhan pada SOP ini adalah penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang bertanyakan sama ada kerajaan bersedia memberikan perkhidmatan ujian percuma dan berkala kepada guru sekolah.

Sumber : Hmetro/RTM