--> Skip to main content

"WARNA HITAM.. TAK TAHU BAYANG, PENCURI... WEH SAYA TAKUT GILA" - NABILA HUDA MENANGIS

Pelakon Nabila Huda menerusi Instastory miliknya telah berkongsi video dimana dirinya menangis dalam ketakutan dan ia mengundang kebimbangan dalam kalangan netizen serta rakan selebriti. Menerusi video tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa Abil tidak dapat mengawal perasaan takut apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan.

Menurut pemilik nama Nabila Huda Suhaimi, 36, dia ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tiada di rumah: "Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu.

"Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu. Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada... weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak? Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar.

"Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang. Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh? Weh saya takut gila. Saya takut," tutur Nabila sambil menangis teresak-esak.

Klik untuk gambar besar

Sehingga kini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu tidak memuat naik sebarang kenyataan atau maklumat selanjutnya mengenai apa yang berlaku kepada dirinya. Dalam pada itu, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram meluahkan rasa bimbang apabila isteri iaitu Datin Almy Nadia memberitahu apa yang berlaku kepada rakan baiknya itu.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata dia tidak mengetahui sama ada Nabila sekadar berlakon atau perkara itu benar-benar terjadi: "Ya aku tahu kau seorang pelakon yang hebat tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ini memang lagi hebat. Benda itu lakonan atau kenyataan kami tak tahu.

"Yang kami tahu kau kawan baik aku tau! Faham tak... @kupu_kupu. Tolong jangan buat benda gimik macam ini. Aku serba salah kalau aku tak bantu kau. Aku berlari balik rumah bila @almynadiaofficial beritahu ada orang masuk rumah kau... faham tak perasaan aku sekarang cik Abil... terima kasih sangat," kata Fizz.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fizz Fairuz & Nabila Huda

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...