--> Skip to main content

Wan Sharmila Kasihan Dengan Nasib Wanita Perampas

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kisah wanita perampas. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Wan Sharmila yang kasihan dengan nasib wanita yang kantoi sebagai orang ketiga dalam sebuah rumah tangga.

Wan Sharmila turut mempersoalkan kita tidak tahu cerita sebenar tetapi mengapa hanya wanita itu sahaja yang dipersalahkan dan lelaki 'dibiarkan' sahaja.

BACA: Wan Sharmila Nekad Berhijab Pada Ulang Tahun Ke-38

"Sebenarnya saya kesian dengan perempuan bila tengok isu merampas ini. Kenapa yang disalahkan adalah orang ketiga?

"Kita tak tahu hujung pangkal. Apa yang saya nampak lelaki itu selamat macam dia tak buat apa-apa. Padahal mereka bercinta bersama-sama," katanya kepada Astro Gempak.

Wan Saharmila turut menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab kerana bersikap lepas tangan dalam kemelut itu. Ujarnya, lelaki berkenaan sepatutnya memohon maaf pada 'kekasih gelapnya' juga.

"Saya ada baca dia (suami) minta maaf pada isteri dan keluarga tapi tak minta maaf pun dekat perempuan tu. Kesian perempuan tu kena hadap sorang. Tak kisah la perempuan tu salah haritu sebab berkawan dengan suami orang.

"Masa berbaik siap beli barang semua. Lelaki macam tu kira tak bertanggungjawab la. Kalau betul dia nak berkahwin lebih pada satu, buat dengan cara baik. Dia mampu tapi hujung-hujung terus ditinggalkan," katanya lagi.