--> Skip to main content

Wan Sharmila Akui Tak Kisah Berkawan Dengan Suami Orang

Akui masih tidak mempunyai pengganti meskipun umurnya kini sudah memasuki 39 tahun, pelakon Wan Sharmila mendedahkan dirinya masih belum ada perancangan untuk menamatkan zaman solo.

Wan Sharmila Akui Tak Kisah Berkawan Dengan Suami Orang

Meskipun sebelum ini Sharmila atau lebih mesra disapa Lala pernah bercerai sebelum ini, tdak segan memaklumkan bahawa dirinya masih belum temui calon pengganti.

"Tahun ini kita semua kena hadap pandemik. Kalau ada perancangan nak kahwin pun terbantut. Saya tak ada perancangan untuk berkahwin tahun ni. Calon pun belum ada."

Bagaimanapun, menurut Lala, beliau langsung tidak memilih dalam soal berkawan.

Wan Sharmila Akui Tak Kisah Berkawan Dengan Suami Orang

"Kalau saya rasa selesa dan sesuai nak kawan dengan seseorang itu, saya akan berkawan.

Katanya andai seseorang itu berstatus suami orang, tidak ada penghalang untuk dirinya berkawan kerana tiada salah atau silap menjalinkan hubungan persahabatan dengan golongan tersebut.

Wan Sharmila Akui Tak Kisah Berkawan Dengan Suami Orang

"Walau individu itu suami orang tapi sekadar kawan biasa, apa salahnya. Kalau dia nak melebih, sini saya hubungi isteri dia dulu."

Untuk rekod, Lala sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.

Malah baru-baru ini juga ramai dalam kalangan peminat drama "7 Hari Mencintaiku 2" seakan mahu dirinya dijodohkan dengan pelakon Syazwan Zulkifly kerana keserasian mereka jelas terpancar dalam watak yang dibawakan menerusi drama terbabit.

Sumber: Gempak

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.