--> Skip to main content

Wakanda hidup selama-lamanya

KUALA LUMPUR. Ini hari suram untuk semua peminat adiwira kerana mereka berkabung atas kematian Chadwick Boseman, yang terkenal kerana peranannya sebagai Raja T'Challa atau Black Panther, dalam siri filem Marvel Cinematic Universe.

Pelakon berusia 43 tahun itu meninggal dunia akibat kanser usus, perkara itu disahkan oleh keluarganya dalam satu kenyataan di akaun Twitter rasmi Boseman.

"Beliau meninggal dunia di rumahnya, dengan isteri dan ahli keluarga berada di sisinya," menurut kenyataan itu.

Keluarganya mendedahkan, Boseman disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada tahun 2016 dan terus berusaha melawannya sepanjang empat tahun lalu, sebelum merebak ke tahap empat.

Menggambarkan Boseman sebagai pejuang sejati, keluarganya berkata, beliau terus bertahan dan menghadapinya dengan tabah serta berjaya menyembunyikan penyakitnya daripada orang ramai, ketika berjuang melawan kanser dan terus menjalani penggambaran walaupun menempuh siri pembedahan dan sesi kemoterapi yang banyak.