--> Skip to main content

Ubati Kerinduan...Puteri Gunung Ledang In Concert Kini Ditayangkan Kembali!

Ubati Kerinduan...Puteri Gunung Ledang In Concert Kini Ditayangkan Kembali! Puteri Gunung Ledang In Concert - Rebirth of the Legend (PGL In Concert) sebelum ini telah dipentaskan sempena meraikan 10 tahun kegemilangan penjenamaan Puteri Gunung Ledang dalam industri hiburan.

Memandangkan pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical yang sepatutnya berlangsung Julai lalu ditunda ke tahun hadapan ekoran pandemik COVID-19, Enfiniti telah membawakan semula PGL In Concert untuk tontonan anda di rumah menerusi saluran EnfinitiV.Asia.

Tayangan konsert secara HD ini sekurang-kurangnya mampu mengubati kerinduan anda sementara menunggu pementasan PGL The Musical tahun hadapan.

Mari imbas kembali, PGL In Concert menampilkan Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Puteri, Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah serta barisan bintang hebat lain seperti Adlin Aman Ramlie, Ida Mariana, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Konsert agung yang menjadi ingatan ramai ini telah mula ditayangkan di EnfinitiV.Asia bermula malam tadi.

Selain PGL In Concert, EnfinitiV.Asia juga menawarkan pelbagai persembahan lain seperti P. Ramlee The Musical, The Secret Life of Nora dan banyak lagi.