--> Skip to main content

Turunkan harga pelitup muka

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, ini kerana pelitup muka adalah satu barangan keperluan yang digunakan hampir setiap masa.

,"InsyaAllah, jika rundingan ini berhasil, harga pelitup muka akan lebih berpatutan dan ini akan meringankan beban rakyat," katanya dalam perutusan khas perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di siarkan secara langsung melalui saluran televisyen malam ini.