--> Skip to main content

'Hilang' tiga minggu, wanita Indonesia akhirnya ditahan

[email protected]. my

WANITA Indonesia yang melarikan diri daripada tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tiga minggu lalu ditahan polis pada 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan di kawasan Plaza Tol Chukai sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut.

"Suspek yang sedang mengandung lima bulan itu ditahan dalam operasi JIM di Kemaman pada 6 Ogos lalu dan dalam proses pendakwaan di mahkamah.

"Pada 11 Ogos, dia dibawa ke Klinik Kesihatan Ajil untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Hulu Terengganu, namun ditinggalkan tanpa digari di katil.

"Dua petugas JIM yang membawanya ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dengan meninggalkannya dalam pemantauan pihak hospital.

"Dia kemudiannya meminta kebenaran daripada jururawat untuk ke tandas," katanya hari ini.

Hanyan berkata, selepas mendapat kebenaran suspek bertindak melarikan diri menerusi laluan belakang hospital dan memanjat pagar sebelum menghala ke arah hutan.

"Anggota JIM menjumpai baju tahanan yang dipercayai dibuang suspek di tepi pagar hospital dan pemeriksaan kamera litar tertutup tidak menunjukkan pergerakan penuh suspek," katanya.

Menurutnya, susulan laporan dibuat anggota penguat kuasa itu, pihaknya melancarkan gerakan mencari suspek selain turut mengesan suaminya.